Gagasan 1Malaysia kini gerakan massa - Najib KUALA LUMPUR, 16 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata konsep 1Malaysia yang diilhamkan beliau kini sudah menjadi gerakan massa di peringkat akar umbi dan bukan lagi gagasan kerajaan semata-mata.

Abang tiri mohon tarik balik wang jaminan KUALA LUMPUR, 16 Mac — Tindakan seorang abang tiri yang membuat permohonan di Mahkamah Sesyen di sini untuk menarik balik wang jaminan bukan sahaja menyebabkan pemandu lori terpaksa meringkuk dalam penjara malah dia akan dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan mental.

Malaysia mampu bersaing dan tingkat pelaburan tahun ini KUALA LUMPUR, 16 Mac — Malaysia masih mampu bersaing sebagai destinasi pelaburan walaupun keadaan semakin kompetitif, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

95.4% daripada 39.4 juta perskripsi disalurkan kurang 30 minit KUALA LUMPUR, 16 Mac — Sebanyak 95.4 peratus daripada 39.4 juta preskripsi untuk pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan dapat disalurkan dalam masa tidak melebihi 30 minit pada tahun lepas.

Geng Gondol tumpas SHAH ALAM 16 Mac - Tiga penyamun lelaki dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka Geng Gondol ditembak mati oleh sepasukan polis dalam satu kejadian di Kota Puteri, Ijok, Kuala Selangor kira-kira pukul 3 pagi ini.

Pangkalan udara bomba di Sarawak di bawah RMK - 10 KUCHING — Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membina pangkalan udara di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi meningkatkan kecekapan aktiviti mencari dan menyelamat di kawasan Malaysia Timur.

HM Aerospace siasat punca pesawat mendarat cemas LANGKAWI 16 Mac – Sekolah penerbangan HM Aerospace menubuhkan sebuah jawatankuasa penyiasatan bagi menyiasat punca kejadian pesawat ringan Diamond (DA40) melakukan pendaratan cemas di perairan berhampiran Mes Pegawai Polis Pasir Hitam, Ayer Hangat, di sini pagi semalam.

Gagasan 1Malaysia berbeza dengan Middle Malaysia – PM KUALA LUMPUR 16 Mac – Perdana Menteri berkata, gagasan 1Malaysia adalah konsep yang berpaksikan Perlembagaan berbeza daripada Middle Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP iaitu penjenamaan semula Malaysian Malaysia yang ditolak oleh rakyat.

Kanak-kanak 6 tahun hilang semasa bermain di taman KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang ibu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang baru berumur enam tahun di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras di sini, Sabtu lepas.

36 maut taufan Hubert landa Madagascar ANTANANARIVO, Madagascar 16 Mac - Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan lebih 38,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat di badai taufan Tropika Hubert, kata para pegawai bencana Madagascar.

Ahli pasukan bantuan Bosnia maut serangan Taliban SARAJEVO 16 Mac - Seorang rakyat Bosnia yang bertugas sebagai pemadam api dengan sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan terbunuh dalam serangan ke atas kem AS di sana semalam, lapor televisyen negara itu.

Ketua Al-Qaeda dipercayai terbunuh SANAA, 16 Mac - Seorang suspek yang dipercayai ketua Al-Qaeda tempatan di wilayah Abyan, selatan Yemen mati terbunuh dalam serangan udara dua hari berturut-turut yang bermula kelmarin, kata pegawai keselamatan semalam.

Created by the RSSMix News Wizard |
|